Sunday, September 12, 2010

NASH Donuts & Bakery Syarikat Bumiputera, Best Donut in Malaysia

NASH Donuts & Bakery merupakan anak syarikat NASMIR Holding yang juga merupakan syarikat bumiputera. Syarikat Nasmir Holding mempunyai pengalaman dalam bidang restoran selama lebih kurang 15 tahun. Nash Donuts & Bakery telah beroperasi selama 2 tahun sejak ditubuhkan tahun 2008.

NASH Donuts & Bakery bercirikan santai, dan mempunyai tema "Coffee Friend & Family Place". Sehingga kini, NASH Donuts & Bakery mempunyai 3 cawangan yang beroperasi di utara semenanjung. Cawangan pertamanya iaitu di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Penang. Berhampiran dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Cawangan kedua iaitu di Taiping Mall, Perak. Dan cawangan ketiga iaitu di Jitra Mall, Kedah.

  • Nash Donuts & Bakery, G18 & G19, De' Rendezvous, Jalan Perda Selatan Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Tol Free: 1-800-88-2434. Tel/Fax: 04-530 1434.
  • Nash Donuts & Bakery, G39 & 40 Ground Floor, Taiping Sentral, 34000 Taiping, Perak, Tel/Fax: 05-808 1434.
  • Nash Donuts & Bakery, 43G Kompleks Jitra Mall, Jalan Tok Kesop, 06000 Jitra, Kedah, Tel/Fax: 04-916 2434.

NASH Donuts & Bakery punya perancangan untuk membuka cawangan di semua kawasan bandar strategik di Malaysia.

Perkhidmatan yang diberikan adalah zon free wifi (yang disediakan secara percuma) untuk semua pelanggan yang datang. Suasana kedai / gerai yang berhawa dingin juga akan membawa keselesaan kepada semua pelanggan. NASH Donuts & Bakery tempatnya selesa (nyaman) untuk pertemuan rakan-rakan dan bersantai bersama keluarga. Donat buatan Nash mempunyai cita-rasa dunia (international taste), sehingga boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat Malaysia di semua peringkat umur.

NASH Donuts & Bakery, an international taste of Malaysian donuts, mempunyai pakej yang amat menjimatkan. 

1 donut   ~ RM 1.60
6 donuts ~ RM 9.00
12 donuts ~ RM 16.00
24 donuts ~ RM 30.00

NASH Donuts & Bakery mempunyai lebih dari 30 variant topping dan 70 jenis bakery yang disediakan, bercita-rasa international sehingga membolehkan pelanggan untuk membuat pilihan menu yang diminati.

1 comment:

  1. konsep mmg santai dan menarik tapi mcmane saya nak pastikan keenkaannya? dan bagaimana pula kira nya saya berminat nak bukak cawangan d sg buloh selangor??

    ReplyDelete