Thursday, September 16, 2010

Nash Donuts & Bakery Berkembang di Utara Malaysia, Punyai Tiga Cawangan

NASH DONUTS, DONAT ANAK TEMPATAN


SAMA ada disedari atau tidak, kemasukan restoran francais berjenama luar negara yang bijak mengkomersialkan donat mengubah ‘status’ makanan itu daripada sekadar juadah sarapan kepada menu yang dianggap sebahagian gaya hidup berprestij.

Namun selepas sekian lama ‘menumpang’ jenama luar, kini penggemar donat, terutama di utara tanah air, harus mula memberi perhatian terhadap satu jenama baru yang dilahirkan anak tempatan.

Sejak ditubuhkan tahun 2008, kedai pertama Nash Donuts & Bakery dibuka dengan rasminya di De’ Rendezvous, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebagai permulaan kepada kemunculan lebih banyak cawangan pada masa akan datang. Cawangan kedua Nash Donuts & Bakery di G39 & 40 Ground Floor, Taiping Sentral, Perak. Kemudian cawangan ketiga Nash Donuts & Bakery di 43G Kompleks Jitra Mall, Kedah. NASH Donuts & Bakery punya perancangan masa akan datang untuk membuka cawangan di semua kawasan bandar strategik di Malaysia.


Pengarah Urusannya, Kadhar Shah Abdul Razak, berkata resipi dan kemudahan di premis Nash Donuts & Bakery hadir untuk memenuhi citarasa masyarakat masa kini yang mengutamakan gaya, ‘privacy’ dan eksklusif.

“Saya beri jaminan apa yang penggemar donat nikmati di kedai francais donat luar negara turut ada di Nash Donuts & Bakery, malah dalam sesetengah aspek, kami mampu beri yang lebih baik,” katanya.

Nyata Kadhar Shah tidak sekadar bercakap kosong kerana hiasan dalaman premis sulung Nash Donuts & Bakery memang menawan, selain ruang luas, free wifi dan selesa untuk pelanggan. 

Ini kerana premis itu menyediakan 100 tempat duduk untuk pelanggan, termasuk di luar premis — cukup selesa untuk pelanggan yang datang bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Kadhar Shah berkata, penyediaan tempat duduk untuk pelanggan dititik berat supaya selari dengan konsep Nash Donuts & Bakery sebagai premis untuk ‘coffee, friends and family’. 

Pelanggan juga dijamin tiada masalah untuk meletak kenderaan kerana tempat luas disediakan selain kemudahan zon Wi-Fi percuma, zon merokok dan zon larangan merokok. 

Satu lagi keunikan Nash Donuts & Bakery ialah pelanggan boleh melihat bagaimana donat dan roti dibuat kerana bahagian masakan menggunakan cermin telus.Apapun, sekadar premis cantik bukan penentu kejayaan sebuah kedai menjual makanan kerana yang lebih utama pasti keenakan juadahnya dan hakikat itu tidak diabaikan oleh Nash Donuts & Bakery. 

Kadhar Shah berkata, pihaknya menyediakan lebih daripada 30 jenis donat dan 65 jenis roti dengan perasa unik serta istimewa hasil kepakaran tukang masak berpengalaman menggunakan resipi khas Nash yang dikaji selama tiga tahun.“Donat serta roti yang dijual di Nash Donuts & Bakery unik dan tiada di tempat lain. Antara perisa donat yang istimewa dan diyakini digemari pelanggan ialah strawberi, coklat, vanila dan mangga,” katanya. 

Mengenai harga pula, Kadhar Shah berkata, biarpun pihaknya berusaha meletakkan Nash Donuts & Bakery sebagai premis makanan yang ada kelas, harga juadah turut dipastikan berpatutan. Katanya, pelanggan diberi pilihan sama ada membeli sebiji donat dengan harga RM1.60 atau pakej keluarga dengan enam biji (RM9), 12 biji (RM16) dan 24 biji (RM30) manakala roti daripada RM1.80 hingga RM3.50.

Pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk seisi keluarga, mesyuarat dan sambutan majlis keraian kerana kotak disediakan jika pelanggan berhasrat membawanya pulang.

Melengkapi menu donat dan rotinya yang istimewa, Nash Donuts & Bakery turut menyenaraikan pilihan tersendiri seperti Nash Cafe, Nash Organic Tea, Nash Cappucino, Pure Black dan Flat White.
“Nash cafe adalah minuman istimewa kerana ia menggunakan resipi sendiri dan secara tidak langsung memberi imej kepada Nash Donuts & Bakery,” katanya.

Kadhar Shah berkata, pihaknya juga bercadang membuka empat lagi cawangan Nash Donuts & Bakery dalam masa terdekat iaitu di Georgetown, Pulau Pinang; Sungai Petani dan Alor Star, Kedah.

 

MAKANAN

Menyediakan lebih daripada 30 jenis donat dan 65 jenis roti. Antara perisa istimewa ialah strawberi, coklat, vanila dan mangga.

Harga

1 donat - RM1.60
Pakej 6 donat - RM9
Pakej 12 donat - RM16
Pakej 24 donat - RM30

Roti - RM1.80 hingga RM3.50

 

MINUMAN

Panas
Nash Coffee - RM4.50
Nash Organic Tea - RM4.50
Nash Cappuccino - RM5.50
Caffe Mocha - RM6.50

Sejuk
Ice Blended Chocolate - RM7.50
Oreo Shake - RM7.50
Frosty Fuit Punch - RM6
Tropical Smootheis - RM6
Ais Krim
Espresso Affogato - RM7.50
Double Delight - RM5.90
Banana Split - RM7.90
Smarties Treat - RM6.90

WAKTU OPERASI: 

Dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 12 malam.

ALAMAT: 

  • Nash Donuts & Bakery, G18 & G19, De' Rendezvous, Jalan Perda Selatan Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Tol Free: 1-800-88-2434. Tel/Fax: 04-530 1434.
  • Nash Donuts & Bakery, G39 & 40 Ground Floor, Taiping Sentral, 34000 Taiping, Perak, Tel/Fax: 05-808 1434.
  • Nash Donuts & Bakery, 43G Kompleks Jitra Mall, Jalan Tok Kesop, 06000 Jitra, Kedah, Tel/Fax: 04-916 2434.

1 comment:

  1. Casino de Cogra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de
    Casino de Cagra de 제주도 출장마사지 Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra 경상남도 출장안마 de 영천 출장샵 Cagra 세종특별자치 출장안마 de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de Cagra de 보령 출장안마

    ReplyDelete