Bukit Mertajam, Penang Sept 2010 - Nasmir Holdings Sdn Bhd, syarikat pemilik rangkaian restoran Nasmir Nasi Kandar, Golden Nasmir Hotel, dan NASH Donuts & Bakery melabur RM15 juta untuk membuka kilang baharu pengeluaran kelongsong kapsul halal.
Pengerusi Nasmir Holdings Rafiq Kadhar Shah Abdul Razak, berkata bahwa kilang itu dikendalikan oleh anak syarikatnya, Nasmir Hard Gelatin Capsules Sdn Bhd, dan beroperasi di tanah seluas dua hektar di Seberang Jaya, Bukit Tengah, Penang.
Sebelum ini, pengeluaran kelongsong kapsul syarikat itu beroperasi di kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di kawasan perusahaan Bukit Tengah sejak empat tahun lepas, dan mampu mengeluarkan 36 juta kelongsong kapsul sehari. Kilang baharu di Seberang Jaya dijangka mula beroperasi sebelum akhir tahun ini dan syarikat telah membeli tiga mesin tambahan dan menggaji hampir 100 pekerja, yang mampu mengeluarkan lebih 100 juta kapsul sehari.
Beliau berkata pembukaan kilang yang lebih besar itu bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi menampung permintaan. Produk kapsul gelatin Nasmir juga mendapat sambutan daripada pengeluar ubat tradisional tempatan setelah menyedari mereka selama ini menggunakan produk tidak halal.
Kadhar Shah berkata syarikat itu adalah antara pengeluar kapsul gelatin halal di negara ini dan gelatin mentahnya diimport dari Pakistan dan mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). Katanya sebanyak 60 peratus daripada pengeluarannya adalah untuk pasaran tempatan dan 40 peratus untuk pasaran eksport di Asia.
Nashmir mempunyai 3 cawangan NASH Donuts & Bakery bertaraf rasa international berlokasi di Bandar Perda Penang, Taiping Mall Perak, dan Jitra Mall Kedah. NASH Donuts & Bakery, an international taste of Malaysian donuts, telah beroperasi selama 2 tahun sejak ditubuhkan tahun 2008. Nasmir juga mempunyai 13 rangkaian restoran nasi kandar di seluruh negara. Sebelum akhir tahun 2010, Nasmir Holding memberi tumpuan untuk menceburi perniagaan baharu.
Sila baca juga :
myMetro : Nashmir labur RM15j buka kilang kapsul
Utusan Online : Nasmir Holdings buka kilang

No comments:
Post a Comment